PEMINAT Britney Spears meraikan kejayaannya dalam menuntut hak ke atas bapanya. FOTO AFP
PEMINAT Britney Spears meraikan kejayaannya dalam menuntut hak ke atas bapanya. FOTO AFP

Los Angeles: Hakim Los Angeles melucutkan hak penjagaan yang menjadi kontroversi ke atas penyanyi, Britney Spears yang selama 13 tahun dikawal oleh bapanya. 

Spears kini mendapat semula haknya ke atas harta bernilai jutaan Dollar. 

"Hari terbaik. Syukur kepada Tuhan. Sama-sama aminkan," tulisnya di Instagram yang turut disertakan dengan hashtag #FreedBritney. 

Dalam hantaran sama, Britney juga meluahkan rasa tidak percaya dengan keputusan itu. 

"Saya macam tak percaya!" tulisnya. 

Keputusan itu juga berkuat kuasa serta merta sekaligus melucutkan hak penjagaan bapanya, Jamie Spears ke atas penyanyi lagu Toxic itu. 

Britney sebelum ini menggambarkan kawalan bapanya terhadap dirinya sebagai satu penderaan terhadap dirinya. 

Berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh peminat-peminatnya di ruangan komen hantarannya itu. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 11:18 AM