Song Joong-ki.
Song Joong-ki.
Agensi

 

Seoul: Pelakon Song Joong-ki, 35, kini menjalani kuarantin sendiri selepas dilaporkan ada kontak rapat dengan individu disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, pelakon drama Vincenzo itu difahamkan negatif virus berkenaan selepas dia membuat ujian.

Terdahulu, dia dikatakan mendapat tahu dirinya menjadi kontak rapat kepada individu terbabit pada 30 Jun lalu. Individu itu adalah seorang kenalan rapatnya.

Jurucakap agensi Joong-ki berkata, ujian mengesan Covid-19 serta-merta dilakukan terhadap semua yang ada berjumpa dengan pelakon terbabit susulan berita itu.

"Baru-baru ini, semua orang yang ada kontak dengan Joong-ki menjalankan ujian Covid-19. Mujur, mereka disahkan negatif," katanya.

Jadual seni pelakon terbabit juga terpaksa dibatalkan, demi memberi laluan kepadanya mematuhi arahan kuarantin itu. 

Joong-ki dikhabarkan kini dalam proses menjayakan penggambaran filem Bogota. Dia juga disebut bakal membintangi drama terbaru berjudul Chaebol Family's Youngest Son.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 11:09 AM