KIM Hyun-joong
KIM Hyun-joong
Agensi 

 

Seoul: Pelakon Korea Selatan, Kim Hyun-joong mengakui lebih banyak mendiamkan diri susulan terpalit kes keganasan terhadap bekas kekasihnya beberapa tahun lalu.

Lebih menyedihkan, kerjaya seni Hyun-joong juga dikatakan semakin perlahan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

"Jujur saya berdepan masalah keyakinan diri sehingga berasa begitu hina pada pandangan mata orang lain.

"Setiap hari, saya risaukan pandangan orang. Asalnya saya memang periang, namun sekarang terasa seperti sangat kerdil," katanya.

Hyun-joong ketika menjadi tetamu jemputan program KBS, Ask Us Anything Fortune Teller berkata, sejak insiden itu jiwanya tidak tenang dan sering dihantu pelbagai perasaan.

Pada program itu, hos program itu turut mengajaknya berkongsi mengenai perkara yang menimpa Hyun-joong termasuk kes saman terhadapnya pada 2014 atas dakwaan memukul bekas kekasih.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 1:34 PM