Daiyan Trisha
Daiyan Trisha
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada individu di lokasi penggambaran drama Bicara Budi.

Daiyan, 28, atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, dia disahkan positif selepas menjalani ujian calitan sebanyak dua kali. 

"Saya kontak rapat seseorang di lokasi penggambaran yang turut positif. Pada Khamis, apabila saya dapat tahu dia (kru) positif, saya masih berstatus negatif.

"Saya ada menghadiri beberapa acara semalam dan rasa tidak sedap badan, jadi saya membuat ujian calitan sekali lagi dan malangnya keputusannya adalah positif," katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Daiyan berkata sedang menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

Bagaimanapun, Daiyan juga penyanyi lagu Penat memaklumkan dia tidak mengalami simptom Covid-19 yang teruk.

"Simptom yang saya alami adalah ringan. Migrain, sakit tekak dan pening kepala. Keadaan saya baik, Alhamdulillah.

"Saya mohon maaf kepada sesiapa yang sudah menjadi kontak rapat dan tolong buat ujian calitan dengan segera. Doakan saya cepat sembuh dan dapat bekerja semula sebab saya suka bekerja. Saya bersyukur atas ujian ini dan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 9:11 PM