Ariana Grande.
Ariana Grande.
Agensi

PENYANYI Ariana Grande tidak henti-henti mencipta rekod dan sekali lagi dia mencipta rekod ke-20 dalam Guinness Book of World Records apabila single terbaharunya, Position melonjak carta di tangga pertama Billboard Hot 100 sejak 7 November, tahun lalu. 

Pihak Guinness Book of World Records berkata, Grande, 27, memecahkan rekod baharu dengan jumlah lagu debut di tangga pertama terbanyak yang sebelum ini juga dipegang olehnya. 

Sebelum Position yang juga lagu kelimanya memecahkan rekod ini, empat lagu lain adalah Thank You, Next pada 17 November 2018, 7 Rings (2 Februari 2019), Stuck with U bersama Justin Bieber (23 Mei 2020) dan Rain On Me bersama Lady Gaga (6 Jun 2020).

Mengekori kedudukannya dalam carta rekod kategori sama adalah Mariah Carey, Drake, Justin Bieber, Travis Scott dan Taylor Swift, masing-masing dengan tiga lagu.

Sementara itu, Britney Spears, Lady Gaga dan BTS juga turut berada dalam senarai masing-masing dengan dua lagu. 

Selain rekod dengan jumlah lagu debut di tangga pertama terbanyak, Ariana juga mengungguli beberapa rekod lain termasuklah lagu yang distrim paling banyak di Spotify dalam seminggu, tatu Eevee paling popular, pemuzik wanita dengan jumlah 'subscriber' paling banyak di YouTube dan pemuzik wanita dengan jumlah pengikut paling ramai di Instagram. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2021 @ 11:06 AM