Ejen Ali. FOTO Zunnur Al Shafiq
Ejen Ali. FOTO Zunnur Al Shafiq
Najiy Jefri


PENYEDIA perkhidmatan televisyen Internet, iflix, menawarkan lebih 500 himpunan siri kanak-kanak yang boleh ditonton secara percuma sempena musim cuti persekolahan ini.

Pengurus Besar iflix, Dinesh Ratnam berkata, pelbagai siri kanak-kanak berkonsepkan edutainment (pembelajaran-hiburan) yang terbaharu dan eksklusif disediakan.

"Kami sangat menghargai sokongan diberikan penonton terhadap kandungan yang kami sediakan. Apabila tiba musim cuti sekolah, ada ibu bapa yang merasakan inilah masa yang agak memeningkan kerana mereka perlu merancang pelbagai aktiviti supaya masa yang berharga ini terisi dengan baik.

"Justeru, iflix membantu mereka dengan menghimpunkan pelbagai judul siri kartun kanak-kanak berbentuk hiburan dan pembelajaran yang sangat berguna. Inilah peluang untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak menonton cerita menarik di platform kami," katanya.

Antara siri kanak-kanak yang menarik adalah Nuri The Series, I Love to Learn, Junior On The Job, Romi & Dami, Superhands 1 & 2, Cicakman 1, Cicakman 2, Geckoman dan Nutri Ventures.

Selain itu, penonton juga boleh menonton cerita animasi Ejen Ali yang menjadi kegemaran kanak-kanak ketika ini.

Semua himpunan cerita kanak-kanak menarik yang terbaharu dan eksklusif boleh dilanggan secara percuma di laman rasmi www.iflix.com/kids

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 5:18 PM