PENGURUS Besar iflix, Dinesh Ratnam.
PENGURUS Besar iflix, Dinesh Ratnam.
Syafil Syazwan Jefri


PLATFORM perkhidmatan hiburan atas permintaan atau video on demand (VOD), iflix kini memberi akses secara percuma selama sebulan bagi menyahut seruan kerajaan yang mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19.

Pengurus Besar iflix, Dinesh Ratnam berkata, akses percuma itu diberikan kepada masyarakat untuk memastikan mereka berada dalam rumah untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

"Ramai yang mengeluh apabila mendapat arahan supaya duduk di rumah, tidak boleh keluar bercuti, perlu bekerja dari rumah dan sebagainya.

Kami di iflix tetap akan memberikan perkhidmatan terbaik buat anda dengan menawarkan pelbagai seleksi karya menarik secara percuma," katanya.

Menurutnya, akses percuma ini juga dapat memberikan peluang kepada pelanggan untuk beristirahat di rumah seperti VIP.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk anda sekeluarga beristirahat di rumah ala VIP kerana cerita yang sebelum ini 'dikunci' di iflix, dapat anda tonton dengan menggunakan baucar akses percuma ini," katanya.

Untuk menonton pelbagai karya di iflix secara percuma, pelanggan boleh mendaftar baucer iflixVIP di www.iflix.com/redeem bermula 19 hingga 31 Mac ini dan kemudian masukkan kod akses tonton_iflix untuk akses sebagai iflixVIP.

Selama sebulan, pelanggan akan dapat menonton pelbagai filem serta drama bersiri secara percuma.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 1:01 PM