BAWA penonton merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi.
BAWA penonton merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi.
BAWA penonton merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi.
BAWA penonton merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi.
BAWA penonton merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi.
BAWA penonton merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi.
Najiy Jefri

Karakter kartun Disney sememangnya cukup dekat dengan kanak-kanak. Tidak keterlaluan jika dikatakan banyak karakter yang diperkenalkan Disney memberi inspirasi dan impak dalam kehidupan kanak-kanak.

Atas permintaan dan respons yang cukup baik dalam kalangan peminat karakter Disney, sebuah pementasan berskala antarabangsa diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Sememangnya pementasan itu antara yang dinanti-nantikan peminat karakter Disney selama ini. Apa tidaknya, kali terakhir ia dipentaskan kira-kira lima tahun lalu selepas kali pertama dibawa masuk ke negara ini pada tahun 2000.

Ternyata sambutan yang diterima pada malam itu cukup luar biasa apabila lebih 25,000 penonton yang terdiri daripada kalangan ibu bapa dan kanak-kanak memeriahkan pementasan The Wonderful World of Disney On Ice yang dipentaskan selama tiga hari.

Apa yang menarik, kali ini lebih 50 karakter Disney yang dipentaskan berjaya membawakan penonton untuk merasai sendiri pengalaman hidup dalam dunia fantasi mereka.

Antara karakter yang dibawa khas termasuk Mickey Mouse,Donald Duck, Goofy, Dory, Memo, Marlin, Anna, Rapunzel, Snow White, Aladdin dan Genie.

Persembahan mengujakan selama dua jam itu bukan sahaja menyajikan hiburan karakter malah sarat dengan mesej yang cuba diterapkan kepada penonton khususnya kanak-kanak.

Pada masa sama, persembahan pada malam itu juga cuba membawa penonton menelusuri erti kasih sayang yang dipaparkan dalam naskhah popular, Frozen mengenai hubungan antara adik-beradik selain cerita persahabatan yang ditonjolkan dalam Aladdin.

Pementasan karakter Disney kali ini lebih menarik apabila penonton berpeluang melihat sendiri gelagat karakter pujaan mereka meluncur di atas ais buat pertama kali.

Lebih bermakna, pementasan ini turut mendapat kerjasama daripada Astro Circle apabila memberi peluang kepada penonton bertuah mendekati karakter Disney kesayangan mereka secara eksklusif.

“Bersempena pementasan itu juga, kami menganjurkan Peraduan Disney On Ice 2017 yang mana pemenang utama diberikan peluang berjumpa secara dekat karakter popular Rapunzel, manakala pemenang tempat kedua pula diberikan peluang berada di pentas untuk terbabit bersama karakter Aladdin dan Princess Jasmin.

“Ini sebahagian daripada pengalaman berharga yang tidak dapat dibeli yang ingin kami berikan kepada penonton bertuah, kata jurucakap Astro Circle dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 9:28 AM