TWINKKLE Khanna bersama ibunya, Dimple Kapadia.
TWINKKLE Khanna bersama ibunya, Dimple Kapadia.
Norhayati Nordin

Pepatah ‘Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ sesuai menggambarkan bakat

yang diwarisi dalam keluarga.

Begitulah juga dengan darah seni diwarisi seorang anak daripada bapa atau ibu yang menceburi industri hiburan.

Sehubungan itu, kebanyakan hero dan heroin filem Bollywood lahir daripada keluarga seni.

Minggu ini BLING berkongsi 10 kisah keluarga bintang ternama Bollywood yang mewarisi bakat seni ibu bapa mereka.

Twinkle Khanna/Dimple Kapadia/Rajesh Khanna

Twinkle Khanna, 44, yang juga isteri kepada Akshay Kumar, 51, adalah anak pasangan pelakon Dimple Kapadia dan Rajesh Khanna.

Mula menceburi lakonan pada 1995, selain bakat seni, Twinkle juga mewarisi kejelitaan ibunya, Dimple, 61.

Dimple yang cukup dikenali menerusi filem Bobby pada 1973, gembira bakat seni itu diwarisi dua anak perempuannya, Twinkle dan Rinke Khanna.

Namun Twinkle kini bersara sebagai pelakon selepas berkahwin dengan Akshay pada 2001 dan memberi fokus membesarkan dua anaknya.

Ranbir/Rishi Kapoor/Neetu Singh

Selepas era dominasi Abhishek dan Hrithik, hero muda Bollywood yang kini menjadi perhatian ramai ialah Ranbir Kapoor, 36.

Ranbir yang juga anak pasangan Rishi Kapoor, 66, dan Neetu Singh, 60, semestinya mewarisi bakat seni ibu bapanya.

Apatah lagi, generasi legasi Kapoor cukup menjadi perhatian di persada seni hiburan Bollywood sejak dulu.

Sebelum Ranbir mengukir nama pun, kejayaan legasi Kapoor sudah dibuktikan oleh adik-beradik, Karisma dan Kareena Kapoor.

RANBIR  bersama ibu bapanya Rishi Kapoor dan Neetu Singh.
RANBIR bersama ibu bapanya Rishi Kapoor dan Neetu Singh.

Saif Ali Khan/Sharmila Tagore

Saif Ali Khan, 48, mewarisi bakat seni daripada ibunya, pelakon jelita dan seksi Bo1lywood pada awal era 1960-an, Sharmila Tagore, 74.

Maka tidak hairanlah Saif yang memiliki bakat lakonan mantap turut berbakat dalam bidang peragaan seperti ibunya.

Saif yang kini mendirikan rumah tangga bersama Kareena Kapoor adalah antara legasi pelakon lelaki hebat di Bollywood.

Hingga kini dia masih menjadi perhatian penerbit filem Bollywood dan menariknya Saif mampu melakonkan pelbagai genre filem dibintangi.

SAIF Ali Khan bersama ibunya, Sharmila Tagore.
SAIF Ali Khan bersama ibunya, Sharmila Tagore.

Abhishek/Amitabh Bachchan/Jaya Bhaduri

Keluarga seni Amitabh Bachchan, 76, atau lebih dikenali dengan panggilan Big B adalah yang berpengaruh besar di Bollywood.

Oleh itu, satu kelebihan buat Abhishek, 42, apabila bakat seni yang diwarisi daripada bapa dan ibunya, Jaya Bhaduri, 70, banyak membantu dia membina nama dengan pantas.

Kemunculan pertama Abhishek dalam filem Refugee pada 2000 berjaya melonjakkan nama dan bakat lakonannya.

Memiliki susuk sasa dan tinggi seperti bapanya, Abhishek juga berjaya menawan cinta bekas Ratu Cantik Dunia Aishwarya Rai, 45, yang kini menjadi isterinya.

KELUARGA seni Amitabh Bachchan.
KELUARGA seni Amitabh Bachchan.

Hrithik/Rakesh Roshan

Walaupun bapanya, Rakesh Roshan, 69, pengarah filem tetapi bakat seni Hrithik, 44, lebih menyerlah dalam lakonan.

Memiliki pakej lengkap iaitu tinggi dan tampan untuk seorang hero, Hrithik juga mahir dalam tarian.

Hingga kini, lenggok tarian Hrithik dalam setiap filem lakonannya cukup menarik perhatian penonton.

Tidak mustahil juga suatu hari nanti Hrithik akan duduk di kerusi pengarah filem seperti bapanya.

HRITHIK dan Rakesh Roshan.
HRITHIK dan Rakesh Roshan.

Esha Deol/Hema Malini/Dharmendra

Melihat pada kecantikan dimiliki, aktres Esha Deol, 37, mewarisi daripada ibunya yang juga pelakon era 1970-an, Hema Malini.

Antara keluarga seni ternama di Bollywood, Esha yang juga anak Hema, 70, bersama Dharmendra, 83, turut mahir menari.

Darah seni yang mengalir dalam keluarga ini turut diwarisi oleh dua anak lelaki Dharmendra iaitu Sunny dan Bobby Deol.

Esha pernah berganding dengan Hrithik Roshan pada 2002 dalam filem Na Tum Jaano Na Hum.

ESHA Deol bersama ibu bapanya, Hema Malini dan Dharmendra.
ESHA Deol bersama ibu bapanya, Hema Malini dan Dharmendra.

Sara Ali Khan/Saif Ali Khan

Dilahir dan membesar dalam keluarga seni daripada nenek yang kemudian diwarisi bapanya, Saif Ali Khan, pembabitan bintang muda, Sara Ali Khan, 25, dalam industri perfileman Bollywood masa kini cukup menarik perhatian.

Apatah lagi, Sara yang memiliki pakej lengkap merangkumi tinggi, jelita dan seksi disebut-sebut sebagai bakat baru sensasi.

Nampaknya percubaan pertama Sara untuk menceburi industri perfileman Hindi berhadapan ujian apabila flem pertama lakonannya, Kedarnath arahan Abhishek Kapoor kini berhadapan urusan perundangan.

SARA Ali Khan dan Saif Ali Khan.
SARA Ali Khan dan Saif Ali Khan.

Akshay/Vinod Khanna

Selain legasi Khan, Kapoor dan Deol, dominasi bakat seni bintang Bollywood juga berkait rapat dengan keluarga Khanna.

Pelakon filem Aa Ab Laut Chalen, Akshay Khanna, 41, mewarisi bakat lakonan daripada mendiang bapanya, Vinod Khanna.

Seperti bapanya yang cukup dikenali sebagai pelakon aksi, Akshay pula cukup menyerlah melakonkan watak antagonis.

Bagaimanapun, kematian Vinod, 71, tahun lalu kerana barah cukup meninggalkan kesan mendalam pada Akshay.

VINOD Khanna bersama anaknya, Akshay Khanna.
VINOD Khanna bersama anaknya, Akshay Khanna.

Tusshar Kapoor/Jeetendra

Mewarisi bakat lakonan bapanya, Jeetendra, 76, yang juga pelakon veteran era 1960-an, Tusshar, 42, juga datang daripada legasi keluarga Kapoor.

Bapanya Jeetendra Kapoor sering mendapat watak pegawai polis dalam filem lakonannya.

Tusshar mula membina nama dalam bakat lakonannya pada 2001 menerusi filem Mujhe Kucch Kehna Hai.

Pada kemunculan pertama itu, Tusshar dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Filmfare Award.

TUSSHAR bersama ibu bapanya, Shoba Kapoor dan Jitendra.
TUSSHAR bersama ibu bapanya, Shoba Kapoor dan Jitendra.

Aryan Khan/Shah Rukh Khan

Melihat pada ketinggian dan raut tampan, Aryan Khan, 21, semestinya anak sulung hero ternama Bollywood Shah Rukh Khan, 53, ini mampu menarik perhatian ramai.

Aryan yang kini melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat dikatakan sudah mula mendapat tempat untuk diangkat sebagai hero pelapis industri perfileman Hindi.

Memiliki ketampanan seperti bapanya, pakej hero lengkap masa kini mampu menjadi milik Aryan.

Namun, khabarnya Shah Rukh kurang selesa jika anak lelaki tunggalnya itu mengikut jejak menceburi karier seni.

Bagaimanapun, Aryan yang dikata memiliki bakat seni seperti bapanya kini lebih selesa memberi tumpuan pada pelajaran.

ARYAN Khan bersama bapanya,  Shah Rukh Khan.
ARYAN Khan bersama bapanya, Shah Rukh Khan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Jun 2018 @ 6:26 AM