AFP

ORANG ramai dan penggiat seni Bollywood memberi penghormatan terakhir kepada pelakon veteran Shashi Kapoor yang meninggal dunia semalam, ketika berusia 79 tahun.

Ikon Bollywood Amitabh Bachchan yang berlakon bersama Shashi dalam beberapa filem pada 1970-an dan Shah Rukh Khan antara yang hadir ke upacara pengebumian mengikit adat Hindu cara di Mumbai, hari ini.

Pelakon Sanjay Dutt, Anil Kapoor,  Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan yang memberi penghormatan terakhir kepada Shashi Kapoor, hari ini. - Foto AFP/REUTERS
Pelakon Sanjay Dutt, Anil Kapoor, Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan yang memberi penghormatan terakhir kepada Shashi Kapoor, hari ini. - Foto AFP/REUTERS

Shashi ialah anak bongsu Prithviraj Kapoor, antara pengasas filem Hindi dan teater. Abang sulungnya, Raj Kapoor yang juga pelakon terkenal, meninggal dunia pada 1988.

Antara filem lakonannya yang popular ialah ‘Jab Jab Phool Khile’ (1965), ‘Kabhi Kabhie’ (1976) dan ‘Kalyug’ (1981).

Beliau berlakon bersama Amitabh Bachchan dalam ‘Deewaar’ (Tembok , 1975).

Keluarga Kapoor yang berpengaruh dalam industri filem Bollywood. - Foto Fail
Keluarga Kapoor yang berpengaruh dalam industri filem Bollywood. - Foto Fail

Shashi berkahwin dengan pelakon British, Jennifer Kendal, selama 26 tahun sehingga kematian isterinya itu pada 1984.

Anak saudaranya, Rishi Kapoor dan annak Rishi, Ranbir, kedua-duanya juga pelakon terkenal, turut menghadiri pengkebumiannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 9:27 PM
Waheedha Rahman, Asha Parekh, Zeenat Aman, Shabana Azmi, Rekha, Neetu Kapoor dan Supriya Pathak bersama Shashi Kapoor ketika majlis Anugerah Dadasaheb Phalke pada 2015.
Waheedha Rahman, Asha Parekh, Zeenat Aman, Shabana Azmi, Rekha, Neetu Kapoor dan Supriya Pathak bersama Shashi Kapoor ketika majlis Anugerah Dadasaheb Phalke pada 2015.