MANUSHI bersama ibu bapa.
MANUSHI bersama ibu bapa.
Nor Akmar Samudin


Selepas 17 tahun, gelaran Miss World kembali ke India apabila Manushi Chhillar, 20, dimahkotakan sebagai Miss World 2017 yang diadakan di Sanya City Arena, Sanya, China, Sabtu lalu.

Berkongsi keterujaannya, Manushi berkata, perasaannya bercampur baur kerana terlalu terkejut dan teruja.

“Saya sangat gembira kerana dapat membanggakan India. Saya tidak sabar melakukan tanggungjawab sebagai ratu,” katanya selepas dimahkotakan.

Manushi yang anak kepada pasangan doktor berkata, ibu bapanya adalah kekuatannya.

Semua anggota keluarganya hadir ke pertandingan itu untuk memberikan sokongan.

Pada malam yang amat istimewa itu, Miss World 2016 dari Puerto Rico, Stephanie Del Valle menyerahkan mahkotanya itu kepada Manushi.

Gadis India pertama memenangi gelaran Miss World ialah Reita Faria pada 1966, Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1997), Yukta Mookhey (1999) dan Priyanka Chopra (2000).

Dalam pada itu, Priyanka turut mengucapkan tahniah kepada Manushi.

Dalam Twitternya, Priyanka mencatatkan, “Akhirnya kita ada pemenang! Tahniah Manushi Chhillar kerana menang Miss World

2017. Belajar dan bergembiralah dengan kejayaan anda”.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 2:57 AM