HM Digital

Dalam episod terbaru program Oppa Thinking, penyanyi Taeyang mendedahkan dia ada cara tersendiri untuk berjenaka tetapi sering tidak menjadi.

Menurutnya, kebanyakan jenaka yang digunanya adalah mengenai bapa, tetapi orang di sekelilingnya selalu berasakan jenakanya hambar.

Malah, mereka langsung tidak berasakan penyanyi itu membuat lawak.

Lebih menyedihkan, tiada siapa akan ketawa dengan jenakanya termasuk anggota BIGBANG yang lain.

“Mereka kata, jika saya berjaya membuatkan mereka ketawa bermakna mereka tumpas,” katanya.

Rupa-rupanya bukan anggota BIGBANG saja, teman wanitanya Min Hyo Rin turut berasakan situasi sama bahkan kekasihnya itu sangat dingin apabila dia berjenaka.

“Terus terang, dia sangat dingin dengan semua jenaka kebapaan saya. Tapi disebabkan itu, saya akan menyakatnya dan mengulangi jenaka itu kepadanya. Saya mahu dia ingat semua itu dan mengakuinya sebagai jenaka yang bagus suatu hari nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 11:55 AM