PARTEY memegang kitab suci Al-Quran bersama seorang Sheikh di London tular Mac lalu. -FOTO Agensi
PARTEY memegang kitab suci Al-Quran bersama seorang Sheikh di London tular Mac lalu. -FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain bola sepak Arsenal, Thomas Partey menukar namanya kepada Yakubu selepas memilih untuk memeluk agama Islam.

Dia yang membesar sebagai Kristian itu hidup dikalangan orang Islam di negaranya asalnya Ghana dan memilih menukar agama selepas berkahwin dengan Sara Bella yang berasal dari Maghribi.

Bagaimanapun namanya kekal sebagai Partey apabila beraksi untuk Arsenal dan pemain 28 tahun itu akan mengekalkan nama Thomas di belakang jersinya.

"Saya membesar bersama Muslim jadi pada akhirnya ia perkara yang sama. Saya sudah berkahwin dan nama Muslim saya Yakubu.

"Saya mempunyai wanita yang saya cintai, saya tahu kekasih-kekasih gelap akan meninggalkan saya, tetapi ia tidak akan menjadi masalah," kata Yakubu berjenaka.

Pertengahan Mac lalu, tular gambarnya bersama seorang Sheikh di London di mana mereka sedang memegang kitab suci al-Quran.

Partey hanya beraksi 26 kali untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu akibat kecederaan dan penggantungan.

Kecederaan hamstring ketika kekalahan 3-0 di Crystal Palace pada 4 April menyaksikan kempennya berakhir awal dengan The Gunners tercicir daripada saingan kelompok empat teratas kepada Tottenham Hotspur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2022 @ 2:32 PM