WAJAH-wajah teruja kanak-kanak di pusat jagaan ketika dihulurkan hadiah.
WAJAH-wajah teruja kanak-kanak di pusat jagaan ketika dihulurkan hadiah.
Hartini Mohd Nawi


PENGALAMAN hujung tahun yang menggembirakan bagi 15 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Cahaya Bestari, Shah Alam, Selangor apabila menerima kunjungan istimewa Kumpulan Sunway, baru-baru ini.

Mereka yang berusia empat hingga 15 tahun itu adalah sebahagian daripada 1,500 kanak-kanak kurang bernasib baik yang menulis hasrat pada kad dan meletakkannya di trak Kumpulan Sunway dengan #SunwayForGood pada November lalu dan kini hasrat itu dipenuhi.

Trak berkenaan mengembara di sekitar Lembah Klang dari 25 November hingga 15 Disember lalu bagi mengumpul hasrat serta hadiah daripada orang ramai.

“Bagi projek itu, setiap kanak-kanak diminta memilih sesuatu yang diinginkan merangkumi lima kategori daripada keperluan sekolah, peralatan sukan, barangan rumah hingga mainan.

“Kami mengumpulkan hasrat itu di dalam trak dan menyampaikannya kepada orang ramai untuk memenuhi impian mereka.

“Malah kami menerima sambutan yang sangat positif daripada orang ramai dan media yang memberi sokongan penuh ke atas projek itu.

“Kami sangat gembira kerana mencapai sasaran pada hujung minggu ini dengan bantuan orang ramai di Lembah Klang,” kata Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Komunikasi Jenama Kumpulan Sunway di pusat pengedaran Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

Selain hadiah, pasukan sukarelawan Sunway menghiburkan kanak-kanak dengan persembahan dan makanan berkhasiat.

 RAMON (tengah) dan sebahagian kakitangan Kumpulan Sunway bergambar kenangan berlatarkan trak #SunwayforGood.
RAMON (tengah) dan sebahagian kakitangan Kumpulan Sunway bergambar kenangan berlatarkan trak #SunwayforGood.

“Sunway komited kepada matlamat pembangunan mampan dan projek ini berhasrat untuk menghantar mesej masa depan yang bermakna adalah benar-benar membawa dan sama-sama menaikkan tanpa meninggalkan mereka,” katanya.

Penjaga Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Nurul Fathiyah Ahmad Ridwan berkata, kanak-kanak itu gembira sebaik mengetahui trak mengumpul hadiah untuk mereka.

“Ini adalah inisiatif unik yang menyentuh hati mereka. Sungguh

mengujakan sebaik melihat mereka membaca mesej daripada orang ramai sekitar Lembah Klang yang turut menghantar nota menarik serta memberikan hadiah seperti diinginkan. Ia menjadikan tahun baru lebih bermakna buat mereka.

“Meraikan Pemberian dengan Sunway menerusi #SunwayforGood dan projek trak adalah sebahagian daripada inisiatif mampan Kumpulan Sunway,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Korporat Kumpulan Sunway, Tan Sri Ramon Navaratnam melepaskan trak berkenaan di ibu pejabat Kumpulan Sunway.

Trak berkenaan turut disokong Sunway Pals, Fujifilm, Parkson dan AEON membawa lebih daripada 1,500 hasrat kanak-kanak di 30 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang.

NOTA yang ditulis kanak-kanak di dalam trak mencuri perhatian Ramon (tengah).
NOTA yang ditulis kanak-kanak di dalam trak mencuri perhatian Ramon (tengah).

Ia termasuk Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Good Samaritan Homes, St Barnabas Home and Community Centre, Rumah KIDS, Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Calvary Land, Yayasan Sunbeams Home, Rumah Sayangan, Rainbow Home, Persatuan Pure Life, Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, House of Joy, Ti Ratana Welfare Society, Rumah Charis, Desa Amal Jireh, Rumah Amal Cheshire, Rumah Ilham, Agathians Shelter, Rumah Hope, Shelter Home for Children, Rumah Ozanam Boy’s Home, Praise Emmanuel Home, Compassion Home, Pusat Jagaan Cahaya Kasih, Pusat Jagaan Siddhartan, Rumah Kanak

Kanak Trinity, Rumah Kanak Kanak Impian and Rumah Keluarga Kami.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019 @ 6:05 AM