Muhyiddin bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Muhyiddin bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dikenakan tindakan disiplin berikutan ucapan yang dianggap melampaui batas di Kampung Baru malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan, pihaknya mempunyai asas untuk berbuat demikian.

"Satu jawatankuasa khas sudah diwujudkan untuk meneliti perkara ini sebelum mengesyorkan kepada Lembaga Disiplin untuk memanggil Tan Sri Muhyiddin," katanya kepada media selepas merasmikan program ADINDA anjuran Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Malam tadi, Muhyiddin dalam ucapannya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat bagi membolehkan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan secara bebas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 4:24 PM