Saya memiliki Proton Wira 1.5 transmisi automatik. Kemusykilan saya ialah setiap kali menghidupkan penyaman udara, bacaan tolok suhu akan menurun secara mendadak dalam keadaan enjin yang normal. Mengapa?

THINAGARAN

Selangor

Suhu enjin memang akan menurun apabila kita menghidupkan penyaman udara kerana ia mengaktifkan kipas penyejukan pada kondenser di bahagian depan enjin.

Kondenser itu berada di hadapan radiator dan kesan penyejukannya akan turut dialami oleh radiator bagi menyejukkan enjin.

Oleh itu, ia adalah kesan sampingan yang baik bagi enjin anda.

Enjin yang sejuk tidak mendatangkan masalah dan ia bertentangan sekiranya mengalami kepanasan melampau.

Namun, sukar untuk dipastikan daripada maklumat yang berikan, sama ada mengalami penurunan suhu secara mendadak apabila menghidupkan penyaman udara.

Jika penurunan itu berlaku secara mendadak dalam sekelip mata, anda mungkin sebenar­nya mengalami masalah dengan indikator penyukat suhu tidak berfungsi dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 9:35 AM