Ketika menghadiri majlis Aidilfitri pada minggu lalu, penyaman udara kurang sejuk walaupun meletakkan kipas maksimum dan suhu paling minimum ketika cuaca panas.

Saya juga melakukan servis, tetapi ia tidak menyelesaikan masalah ini. Bagaimanapun, jika waktu malam dan pagi, ia akan sejuk dengan cepat.

Umur kereta saya sudah menjangkau lebih tujuh tahun. Adakah masalah itu berpunca daripada usia kereta yang tua.

Sekarang, penyaman udara kereta seperti tidak konsisten.

SHAHRIL AHMAD,

Selangor.

Masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana anda baru saja melakukan servis penyaman udara.

Jika diperhatikan, kadang-kala ada bengkel membaiki penyaman udara menyiram air pada radiator ketika mengisi gasnya.

Ia untuk untuk menurunkan suhu penyejatan penyaman udara supaya sejuk dengan lebih cepat dan memudahkan gas itu dimampatkan.

Kelajuan kipas radiator juga berperanan dalam mengalihkan haba dari sistem pendingin hawa. Kipas radiator kenderaan akan beroperasi secara berterusan setiap kali penyaman udara dihidupkan.

Namun, kelajuan kipas itu akan mula perlahan dan menurunkan keberkesanannya.

Begitu juga kebersihan kondenser atau pengalih haba yang mungĀ­kin dipenuhi habuk dan memerlukan cucian bagi meningkatkan kembali kemampuan penyejukannya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, cuba melakukan cucian keseluruhan sistem penyaman udara serta kondenser.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:01 AM