Ketika pulang ke kampung baru-baru ini, bacaan suhu enjin kereta saya lebih tinggi berbanding biasa. Adakah ia berpunca daripada kipas radiator yang gagal berfungsi dengan baik?

AZIZI MURAD, Kedah

Kipas radiator melakukan tugas penting untuk menyejukkan enjin kereta supaya tidak terlalu panas.

Jika kipas radiator anda bermasalah, ia perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelak kerosakan serius kepada enjin.

Ini kerana kebanyakan kipas kenderaan moden dijanakan oleh motor elektrik berbanding sebelum ini menggunakan tali sawat.

Selain itu, periksa tahap cecair bahan penyejuk enjin anda. Cara paling mudah untuk melakukannya adalah melihat takungan cecair penyejuk.

Sementara itu, kipas yang berpusing tidak semestiya berada dalam keadaan baik. Ini berikutan pengguna di negara ini kerap menghidupkan penyaman udara setiap kali memandu.

Ia secara tidak langsung mengaktifkan kipas sepanjang masa dan selepas beberapa tahun kecekapannya akan berkurangan dengan berputar lebih perlahan.

Bagaimanapun, sukar menentukan kelajuan kipas dan ia hanya boleh dibuat perbandingan dengan menggunakan kereta sama model.

Jika kipas radiator anda tidak berfungsi, periksa fius terlebih dulu. Jika ia rosak, gantikan dengan yang baru.

Jika enjin panas dan kipas tidak berfungsi secara automatik, anda perlu memeriksa wayar kipas yang bertanda positif dan negatif.

Jika tiada arus yang terhasil, anda mungkin perlu memeriksa dengan menukar geganti atau 'relay' kipas anda. Jika mempunyai arus pada wayar itu, ia bermakna motor kipas anda rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:01 AM