Suhu Honda Civic keluaran 1997 saya meningkat tinggi ketika mendaki bukit dan kembali biasa di jalan mendatar selepas lima minit berhenti tanpa dimatikan enjin.

Mengapa masalah ini berlaku?

RUSDI, Ipoh, Perak

Ketika mendaki bukit, enjin menjana lebih tenaga untuk menampung beban yang lebih berbanding jalan mendatar dan menyebabkan berlakunya kepanasan melampau.

Jika sistem penyejuk enjin seperti pam air, radiator atau termostat tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan enjin lebih panas.

Selain itu, pastikan tali sawat kipas dalam berkeadaan baik, rongga radiator tidak tersumbat dengan kotoran atau serangga dan diisi cecair penyejukan yang sesuai serta termostat masih berfungsi dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:01 AM