KIPAS penyejuk berpusing menggunakan motor elektrik.
KIPAS penyejuk berpusing menggunakan motor elektrik.

Kipas penyejuk Proton Gen-2 masih berputar walaupun enjin sudah dimatikan. Ia akan berhenti hanya beberapa minit selepas itu.

Apakah yang perlu saya lakukan dan adakah ia berbahaya?

RADZI,

Selangor

Ia tidak berbahaya dan keadaan itu adalah biasa bagi pemanduan dalam cuaca panas. Operasi kipas elektrik bergantung pada suhu cecair penyejuk enjin dalam radiator.

Ada satu peranti atau suis penghidup kipas yang akan mengaktifkannya apabila cecair dalam radiator menjadi panas. Kereta yang sudah berumur tidak menggunakan kipas elektrik tetapi ia dipusing oleh tali sawat enjin.

Namun, peranti atau suis itu boleh rosak dan melengahkan fungsi menghentikan operasi kipas. Jika semakin teruk, kipas akan terus berputar biarpun enjin sudah sejuk.

Ia mampu mengurangkan tenaga bateri dan mengakibatkan kesukaran menghidupkan enjin kereta.

Kereta moden di rantau ini menggabungkan operasi kipas elektrik radiator dengan operasi penyaman udara. Ini kerana, jika suis penyaman udara dipasang, kipas segera berpusing biarpun enjin belum dihidupkan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:04 AM