Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM

Saya baru membeli Proton Wira Aeroback 1.3 liter terpakai. Kereta itu masih dijanakan oleh enjin asal, cuma radiator ditukar mengggunakan rangkaian kuasa bersesaran 1.6 liter.

Masalah dihadapi adalah suhu enjin meningkat jika memandu melebihi 100 kilometer sejam (km/j). Saya menukar radiator enjin 1.5 liter namun masalah itu masih berlaku sehingga suhu mencapai tahap maksimum. Adakah ia berpunca daripada masalah penyukat suhu atau faktor lain?

HAFIZ

Kuala Lumpur

Kadangkala mungkin enjin tidak berasap apabila bacaan penyukat suhu tinggi. Dalam kes ini, lazimnya kita akan mendengar bunyi air mendidih jika membuka bonet enjin.

Untuk kepastian, cuba merujuk kepada Pusat Proton terdekat atau dapatkan bacaan suhu pada kereta rakan anda.

Cuba rapatkan kereta dengan rakan anda. Sambungkan wayar pengesan suhu dengan kereta rakan anda untuk mendapatkan bacaan betul atau sebaliknya.

Jika bacaannya sama, mungkin enjin panas dan pelapik kepala selinder bocor atau bengkok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:00 AM