BAWA keluarga bercuti atau bersiar-siar di lokasi menarik.
BAWA keluarga bercuti atau bersiar-siar di lokasi menarik.

Pada musim cuti sekolah ini hampir semua kos percutian meningkat mendadak. Namun, percutian pada musim cuti sekolah tetap boleh dinikmati dengan bajet terhad.

Berikut lima idea percutian murah yang mungkin boleh anda cuba.

1. Berkhemah

Memilih berkhemah di mana-mana lokasi menarik adalah idea percutian cukup menyeronokkan. Ajak rakan atau keluarga berkhemah.

Dengan itu, kita boleh menjimatkan pengeluaran kos penginapan yang mahal dengan bermalam di hotel atau chalet.

Untuk lebih jimat, kelengkapan perkhemahan juga boleh dipinjam daripada rakan atau ahli keluarga.

2. Kunjungi lokasi

percutian berdekatan

Tidak perlu pergi jauh jika ingin bercuti. Tempat menarik di tempat anda pasti banyak seperti air terjun, taman rekreasi, taman tema, pantai termasuk destinasi makanan tempatan yang mengujakan.

Mengunjungi tempat menarik berdekatan kediaman atau bandar bukan saja menjimatkan, tetapi menyenangkan.

3. Bertukar rumah

Jika anda ada rakan atau keluarga terdekat yang ingin bercuti dan meninggalkan rumahnya, tiada salahnya kita menawarkan untuk bertukar rumah dengannya.

Dengan cara itu, kita boleh berkunjung ke bandar mereka dan tinggal di rumahnya, sekali gus membantu menjaga rumah.

4. Bercuti di tempat saudara-mara

Jika mahu bercuti di luar bandar, memilih untuk ke tempat saudara-mara antara pilihan bijak terutama mencari percutian murah.

Pilihan ini tentunya menjimatkan kos penginapan. Selain dapat penginapan selesa, makanan juga memenuhi selera dan pastinya percuma.

Namun, jangan lupa turut membantu saudara anda sebagai tanda berterima kasih kepada mereka.

5. Rancang percutian bukan pada musim cuti

Bercuti ketika bukan musim cuti cara terakhir untuk mendapatkan percutian menjimatkan. Biasanya, hotel akan memberi diskaun tinggi berbanding pada hari biasa.

Taman tema atau tempat menarik yang akan dikunjungi juga biasanya meletakkan harga tiket masuk lebih rendah pada hari biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 5:07 AM