ANIFAH (enam kiri) bersama Menteri Luar Myanma, U Wunna Maung Lwin; Setiausaha Luar Filipina, Evan P Garcia; Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Luar Thailand, Don Pramudvinai; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Laos, Thongloun Sisoulith; Timbalan Menteri Luar Brunei, Datuk Erywan Pehin Yusof; Setiausaha Negara Kemboja, Dr Soeung Rathchavy; Menteri Polotik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Luhut B Panjartan; Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi; dan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh. FOTO Abdullah Yusof

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : "Setiap perbuatan keganasan hanya melambangkan sikap pengecut dan harus dikritik oleh semua pihak," kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, setiap tindakan keganasan sama ada di Perancis, Beirut, Palestin atau di tempat lain di dunia ini hanya melambangkan sikap pengecut si pelaku dan patut dikecam oleh semua pihak.

Katanya, Malaysia sentiasa menolak sebarang tindakan keganasan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab di seluruh dunia termasuk serangan di Paris, baru-baru ini.

“Malaysia turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam siri serangan di Paris, Perancis pada 13 November lalu.

"Kami juga tidak terlepas daripada ditindas dengan aktiviti keganasan apabila seorang rakyat Malaysia dibunuh dengan kejam oleh kumpulan pengganas dan tindakan itu nyata menggambarkan bahaya yang perlu dihadapi," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) Ke-13 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 3:13 PM