Neymar menunjukkan isyarat bagus selepas sesi latihan Brazil. - Pix AFP
Neymar menunjukkan isyarat bagus selepas sesi latihan Brazil. - Pix AFP

Montevideo: Superstar Brazil Neymar kembali beraksi berdepan Argentina yang dilanda kecederaan pada perlawanan kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2018 di Estadio Monumental Buenos Aires, esok.

Neymar tidak bermain dua perlawanan pembukaan kempen kelayakan Brazil bulan lalu ketika tewas 2-0 kepada Chile diikuti kemenangan 3-1 ke atas Venezuela - berikutan empat penggantungan dikenakan sewaktu Copa America pada Jun lalu.

Kapten Argentina Lionel Messi sah tidak diturunkan akibat kecederaan lutut jangka panjang dan Sergio Aguero juga tiada dalam senarai berdepan juara dunia lima kali itu.

"Argentina masih belum memenangi perlawanan jadi mereka mempunyai motivasi untuk menewaskan Brazil," kata pemain tengah Brazil, Kaka. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 3:12 PM