FOTO Mohd Nazrulaswad
FOTO Mohd Nazrulaswad
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Lebih seratus penyokong Johor DT terpaksa menunggu hampir sejam di luar Stadium Perak, di sini, sebelum berjalan dua kilometer ke markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di Sungai Senam.

Kesemua penyokong berjalan ke unit berkenaan dengan dikawal ketat polis atas faktor keselamatan untuk menaiki bas yang diletakkan di kawasan itu.

Walaupun terdapat beberapa penunggang cuba membuat provokasi dengan membunyikan enjin secara kuat dari jarak jauh serta menjerit namun atas arahan diberikan polis tiada sebarang kekecohan berlaku.

Kesemua penyokong Johor DT kemudiannya menaiki dua bas dan dua van yang diletakkan di kawasan FRU, 12.10 tengah malam tadi.

Bas serta van dinaiki penyokong itu kemudiannya keluar dari FRU dengan diiringi polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 1:08 AM