FOTO hiasan. - Foto Muhd Asyraf Sawal.
FOTO hiasan. - Foto Muhd Asyraf Sawal.

Kuala Lumpur: Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM) melihat ringgit mampu berada pada tahap stabil sekitar RM4.20 hingga RM4.30 berbanding AS$1 menjelang akhir tahun ini berikutan prestasi ringgit yang sukar dijangka ketika ini.

Walaupun kadar itu di bawah nilai, tetapi ia masih positif memandangkan sebelum ini ringgit pernah mencecah ke tahap lebih tinggi sehingga RM4.50 berbanding nilai sekarang iaitu sekitar RM4.28.

Pengarah Urusannya, Teng Chee Wai berkata, dengan asas ekonomi negara ketika ini, nilai ringgit seharusnya berada sekitar RM3.80 hingga RM3.90, tetapi disebabkan beberapa perkara seperti kejatuhan harga komoditi menyebabkan kelemahan ringgit terus berlaku.

Beliau berkata, antara faktor lain menyebabkan kelemahan ringgit adalah isu berkaitan politik serta pengaruh cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 6:17 AM