Oleh Ferzalfie Fauzi

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mara ke akhir Terbuka Perancis selepas mengalahkan Wang Zhengming dari China, awal pagi tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mencatat kemenangan 21-7, 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 36 minit.

Menanti Chong Wei di saingan akhir ialah pilihan keenam dari Taiwan, Chou Tien Chen yang sebelum itu menyingkirkan Jan O Jorgensen (Denmark).

Tien Chen mengambil 39 minit untuk mengejutkan pilihan kedua kejohanan itu dengan mencatat kemenangan straight set, 21-11, 21-19.

Ini adalah kali pertama Chong Wei dan Tien Chen bertemu sepanjang karier profesional mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 1:44 AM