FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan
Ferzalfie Fauzi

Shah Alam: Mudah buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia.

Dia lolos selepas menumpaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen dalam perlawanan separuh akhir, hari ini.

Chong Wei yang pernah muncul juara 10 kali di kejohanan ini mencatat kemenangan straight set, 21-7, 21-14, di Stadium Malawati.

Menanti Chong Wei di perlawanan akhir ialah juara bertahan dan pilihan utama dari China, Chen Long.

Dia menumpaskan menumpaskan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie 8-21, 21-19, 21-14.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 5:55 PM