LIM Kit Siang. FOTO Yazit Razali
LIM Kit Siang. FOTO Yazit Razali
Oleh Hairulazim Mahmud dan Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sah digantung kehadiran ke Dewan Rakyat selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam undian berbelah bagi dengan 107 undi bersetuju dan 77 undi tidak bersetuju serta satu berkecuali.

Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika membacakan keputusan itu kemudian mengarahkan wakil rakyat DAP itu meninggalkan dewan.

Sebelum itu, usul berkenaan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said antara lain menyebut bahawa Kit Siang menghina Speaker dengan dakwaan mensabotaj siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 1:53 PM