LIM Kit Siang di Dewan Rakyat. FOTO Hairulazim Mahmud
LIM Kit Siang di Dewan Rakyat. FOTO Hairulazim Mahmud
Oleh Hairulazim Mahmud dan Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Dewan Rakyat kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul bagi menggantung kehadiran Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah).

Ahli Parlimen pembangkang bangkit membantah pembentangan berkenaan dan mendakwa Timbalan Yang di-Pertua Datuk Seri Dr Ronald Kiandee tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Bagaimanapun Speaker meneruskan sidang supaya usul itu dibahaskan.

"Tiada halangan untuk kerajaan mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan dipersetujui oleh Speaker," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Perbahasan berkenaan diteruskan dan dibahaskan sehingga 12.45 tengah hari.

Usul tersebut berikutan wakil rakyat pembangkang itu tidak meminta maaf selepas menuduh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahgunakan kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 12:19 PM