Oleh Georgie Joseph

(Yang menemu bual Joo Won pada majlis 'A Date With Joo Won' di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini)

Tidak sukar menilai sama ada seseorang pelakon itu bagus atau sebaliknya. Jika namanya disebut-sebut kerana lakonan, itu petanda ada sesuatu yang bagus mengenainya.

Di Korea Selatan, nama Joo Won, 28, sememangnya cukup dikenali dan sejak berkecimpung dalam dunia lakonan pada 2007, dia sudah membintangi pelbagai drama dan filem popular.

Kini, populariti Joo Won merebak ke Asia Tenggara gara-gara drama bersiri The Gang Doctor yang dibintanginya, malah peminat di rantau ini turut menggelarnya Raja Hallyu.

Biarpun belum mengatasi kejayaan dilakar aktor senegara seperti Lee Byung Hun dan Lee Seung Gi, pujian yang diterima membayangkan Joo Won bakal mengikut jejak mereka.

Bertemunya sempena siri promosi A Date With Joo Won di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, jelas tiada unsur riyak dalam dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 7:15 AM