Dong-Won tidak kisah berlakon di mana mana. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Dong-Won tidak kisah berlakon di mana mana. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Georgie Joseph


AKTOR Korea Selatan, Gang Dong Won mengakui dia tiada kepentingan untuk mewujudkan akaun media sosial meskipun bergelar selebriti.

Dong Won, 37, berkata kehidupan peribadi hanya untuk dirinya dan tidak perlu dikongsikan dengan umum.

“Saya tidak mahu menjadi ‘harta benda’ umum. Saya mahu menikmati kehidupan peribadi sebagaimana yang saya sukakan.

“Biarlah saya fokuskan kepada menjadi pelakon yang bagus disebabkan itulah satu-satunya niat saya menceburi lakonan. Lagipun lakonan adalah pekerjaan yang saya mahu lakukan dalam hidup,” katanya.

Bakal membintangi sebuah filem Hollywood berjudul Tsunami LA, Dong Won juga menyifatkan peluang berlakon di Amerika Syarikat (AS) itu sama istimewa dengan tawaran lain yang diterima.

“Memang ia adalah impian setiap pelakon untuk menembusi Hollywood. Bagaimanapun saya melihat ia sama rata saja dengan peluang yang lain.

“Bukan di sana saja, saya sentiasa menantikan peluang untuk berlakon di pelbagai negara lain. Di Asia sekalipun saya tidak kisah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Dong Won ditemui pada wawancara eksklusif sempena kunjungan sulungnya ke Malaysia.

Aktor itu hadir ke sini untuk menjayakan sesi tertutup bertemu peminat malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 8:10 PM