PERALATAN di dalam premis berkenaan yang dirosakkan oleh sekumpulan samseng.
PERALATAN di dalam premis berkenaan yang dirosakkan oleh sekumpulan samseng.
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Sekumpulan 15 samseng mengamuk bersenjatakan pisau dan pedang Samurai di dalam sebuah restoran hanya kerana tidak berpuas hati ditegur berkelakuan kasar oleh pekerja premis itu.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi semalam, kumpulan lelaki itu berkelakuan tidak ubah seperti ahli kongsi gelap apabila turut merosakkan kerusi, meja dan hampir semula perkakas di dalam restoran terletak di Seksyen 15 Subang Jaya, di sini.

Salah seorang pekerja restoran berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki berusia 25 hingga 32 tahun muncul di premis itu dalam keadaan mabuk.

“Mereka kemudian cuba mengalihkan meja di dalam restoran itu dengan kasar menyebabkan rakan sekerja saya menegur perbuatan mereka.

“Tindakan itu sebaliknya menyebabkan kumpulan suspek berang dan bertindak menendang mangsa sebelum rakan-rakannya yang lain turut membelasahnya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 6:40 AM