RUANG tamu rumah teres di Fairfield Residences.
RUANG tamu rumah teres di Fairfield Residences.

Kajang: Tropicana Corporation Berhad syarikat pelaburan hartanah, pembangunan resort, pembuatan dan pegangan pelaburan mencatatkan 100 peratus kadar pengambilan fasa satu Tropicana Heights, Fairfield Residences dengan nilai pembangunan kasar RM270 juta.

Fairfield Residences yang dilancarkan pada Februari 2014 merangkumi kawasan seluas 10 hektar terdiri daripada 198 unit kediaman bergaya antaranya rumah teres dua tingkat dan 91 unit rumah tiga tingkat eksklusif dengan keluasan 2,135 dan 3,344 kaki persegi.

Pengarah Eksekutif Projek Tropicana Kelvin Choo berkata, projek pembinaan Fairfield Residences berada tepat di landasannya dan penyerahan dijangkakan pada suku pertama 2016.

“Manakala pembangunan fasa dua iaitu Parkfield Residences bermula Mac lalu menawarkan 327 unit rumah teres dua tingkat dan 144 unit rumah tiga tingkat eksklusif. Saiznya lebih besar daripada unit kediaman fasa satu dengan saiz 2,203 kaki persegi hingga 3,079 kaki persegi.

“Menjangkaui 19.2 hektar, Parkfield Residences yang terletak di kawasan perbandaran paling tinggi dan mempunyai taman komuniti tersendiri.

“Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2018. Untuk memberikan ketenangan fikiran, kedua-dua kawasan perumahan dikawal pengawal keselamatan,” katanya.

Tropicana Heights dihubungkan dengan empat lebuh raya utama.

Selain itu, ia terletak tujuh kilometer dari Kajang dan pusat bandar Semenyih serta dikelilingi pelbagai pusat beli-belah, tempat makan, pusat hiburan dan kemudahan pendidikan.

Kelvin berkata, Tropicana turut melancarkan galeri hartanah terbesar 7,100 kaki persegi di Tropicana Heights yang berfungsi sebagai pejabat satelit syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:02 AM