Georgetown: Kumpulan Belleview (Belleview) pemaju hartanah tempatan kini membuka pendaftaran bagi jualan rumah mampu milik melalui projek Kulim Techno City (KTC) Fasa 2A di Kulim, Kedah.

Fasa perumahan pegangan bebas itu membabitkan 149 unit iaitu 127 unit teres satu tingkat dan 22 rumah teres 1 ½ tingkat yang dijual pada harga dari RM235,900 seunit.

Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Melissa Ang berkata, kediaman fasa 2A dengan keluasan binaan 22 x 70 kaki membabitkan ‘Typical Unit’ manakala bagi lot sudut pula keluasan antara 3,057 hingga 7,104 kaki persegi.

“Kami turut menyediakan lima rumah contoh dan orang ramai boleh mendapatkan pakej istimewa termasuk duti setem secara percuma.

“Jalan Lingkaran Luar KTC yang mengelilingi kawasan perumahan sudah dibuka dan ia akan memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di kawasan itu nanti” katanya.

Jalan Lingkaran Luar KTC sepanjang 1.8 kilometer itu dijangka mampu meningkatkan akses antara bahagian pembangunan KTC di Kedah serta menghubungkan Kulim High-Tech Park (KHTP) dengan kawasan kejiranannya.

Ia juga adalah akses mudah ke lebuh raya, Hospital Kulim, stesen minyak, sekolah, balai polis dan balai bomba serta Kulim Golf and Country Club.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 5:16 AM