KEADAAN kereta Proton Waja milik Maswan  yang dihempap pokok akibat kejadian ribut di Kampung Batu Bertangkup.
KEADAAN kereta Proton Waja milik Maswan yang dihempap pokok akibat kejadian ribut di Kampung Batu Bertangkup.
Oleh Aizat Sharif


Kangar: Seorang kanak-kanak lelaki terselamat dan mengalami kecederaan ringan selepas kereta Proton Waja dinaiki bersama ibu bapanya dihempap pokok di Jalan Kilang Gula, Bukit Keteri dalam kejadian ribut Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa, Muhamad Lutfi Iqbal Maswan, 1, duduk di kerusi penumpang bahagian depan bersama ibunya, Mas Hidayu Mustaffa, 27, dengan kereta dipandu bapanya, Maswan Abdullah, 28.

Maswan berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke Alor Setar dari rumah nenek isterinya di Batu 18, Padang Besar, namun terlihat sebatang pokok tumbang di kawasan Batu Bertangkup, Chuping, di sini.

“Saya kemudian mengambil keputusan untuk berpatah semula ke rumah nenek isteri saya dan ketika membuat pusingan U, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap kereta.

“Akibatnya, anak saya yang duduk di kerusi penumpang hadapan terperosok di lantai kereta, namun mujur kami terselamat dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumah ibu saudara isterinya, di Chuping, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:23 AM