Lee Chong Wei (kanan) gagal lagi untuk meraih gelaran dunia selepas tewas 21-14, 21-17 kepada Chen Long. -  Foto NSTP/Goh Thean Howe
Lee Chong Wei (kanan) gagal lagi untuk meraih gelaran dunia selepas tewas 21-14, 21-17 kepada Chen Long. - Foto NSTP/Goh Thean Howe
Oleh Saiful Affendy Sapran

Jakarta: Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk meraih gelaran dunia pertama selepas tewas 21-14, 21-17 kepada juara bertahan dari China, Chen Long, pada final Kejohanan Dunia di Istora Senayan, sebentar tadi.

Mempamer aksi meyakinkan pada awal permainan, prestasi Chong Wei terus merudum terutama pada hujung set pertama untuk membolehkan Chen Long mendapat keyakinan dan memenangi set kedua.

Untuk rekod, Jakarta adalah percubaan keempat Chong Wei di pentas final Kejohanan Dunia selepas tewas kepada sensasi China yang juga juara lima kali, Lin Dan, pada 2011.

Chong Wei kembali ke pentas final 2013 tetapi tewas kali kedua kepada Lin Dan sebelum Chen Long pula menafikan hajat bekas pemain nombor satu dunia itu pada tahun lalu.

Kejohanan Dunia kali ini adalah penampilan kesembilan Chong Wei sejak 2005.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2015 @ 6:52 PM