LIN Dan. FOTO EPA
LIN Dan. FOTO EPA
Oleh Saiful Affendy Sapran


Jakarta: Juara dunia lima kali dari China Lin Dan tewas mengejut 12-21, 15-21 kepada pemain Denmark Jan O Jorgensen di suku akhir Kejohanan Dunia, di sini, sebentar tadi.

Berlangsung di Istora Senayan, Lin Dan ternyata gagal mempamerkan aksi sebenarnya, sebaliknya Jorgensen yang juga pilihan kedua kejohanan mempamer aksi cemerlang.

Dengan kekalahan itu, pertemuan epik yang dinanti-nantikan antara Lin Dan serta jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei pada saingan separuh akhir esok, tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya Chong Wei bakal bertemu Jorgensen dalam perebutan tiket ke pentas final.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 8:36 PM