Newcastle, United Kingdom: Steve McClaren (gambar) kembali ke Liga Perdana apabila Newcastle United menentang Southampton, individu yang berjaya mengubah pasukan walaupun hanya mempunyai 90 minit turun ke Liga Kejuaraan.

Southampton sebaliknya menamatkan saingan pada kedudukan ketujuh pada Mei hasil pembelian yang dilakukan jurulatih Ronald Koeman, pemain yang datang dari Eropah dan mempunyai kualiti serta karektor untuk menangani tahap Liga Perdana.

Kini dengan Southampton memulakan musim baru di St James Park, anak buah Koeman menghadirkan ujian terhadap perkembangan McClaren sejak mengambil alih kelab di zon bahaya penyingkiran sehingga hari terakhir musim lalu.

McClaren sedar beliau akan berdepan ujian kepulangannya ke Liga Perdana selepas sembilan tahun meninggalkan Middlesbrough untuk mengendalikan England.

“Saya akan kembali ke Liga Perdana, tidak banyak berubah seperti dulu,” kata McClaren.

Namun beliau akan merasa lebih tekanan terutamanya daripada penyokong yang menggunakan media sosial bagi mengkritik pengurus dan pemain.

Segelintir penyokong Newcastle masih menaruh keyakinan terhadap McClaren, yang gagal bersama England disusuli kejayaan bersama FC Twente di Belanda.

Beliau turut dipecat di Wolfsburg dan Derby selain meletak jawatan di Twente dan Nottingham Forest susulan persembahan hambar.

McClaren sedar sekurang-kurangnya satu perubahan di Liga Perdana berbanding masanya di Middlesbrough dengan beliau mendapat sokongan padu pemilik Steve Gibson.

Namun pengurus dan jurulatih tidak lagi terselamat apabila tidak mendapat keputusan yang baik melainkan apa yang diperoleh Alan Pardew di Newcastle musim lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:03 AM