Patrick Vieira. FOTO Agensi
Patrick Vieira. FOTO Agensi
Agensi

PATRICK Vieira antara nama dipertimbangkan Newcastle United meneruskan kejayaan Rafael Benitez sebagai jurulatih.

Benitez, 59, akan meninggalkan St James Park selepas tiga tahun bertugas dan kontraknya tamat pada 30 Jun ini.

Vieira, 43, sudah berjaya menyelesaikan kempen pertama bagi pengurusan kelab Eropah bersama Nice.

Dia gembira dengan pasukan Perancis dan tidak tergesa-gesa untuk beralih pasukan, namun akan mempertimbangkan jika kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle mengemukakan tawaran kontrak.

Bekas kapten Perancis membawa Nice menduduki tempat ke tujuh dalam Ligue 1 musim lalu, satu tangga diatas daripada pencapaian kelab itu tahun sebelumnya.

Vieira telah ditemubual oleh Newcastle pada 2015 sebelum The Magpies melantik Steve McClaren.

Ketika itu, dia ditugaskan sebagai pengendali skuad elit pembangunan Manchester City.

Dia meninggalkan kelab itu setahun kemudian untuk jawatan di MLS sebagai ketua jurulatih New York City.

Selepas tiga musim di sana, bekas pemain tengah Arsenal, Manchester City, Inter Milan dan Juventus berpindah ke Nice.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 6:02 PM