KANAK-kanak daripada Pusat Jagaan Draudhatul Ikhwas membaca ucapan daripada orang ramai yang dikumpul dari lokasi trak sampel Kellogg’s.
KANAK-kanak daripada Pusat Jagaan Draudhatul Ikhwas membaca ucapan daripada orang ramai yang dikumpul dari lokasi trak sampel Kellogg’s.

Kellogg’s mengeluarkan lapan edisi khas resipi emping jagung Kellogg’s Corn Flakes yang boleh didapati di trak sampel di seluruh ibu kota sepanjang Ramadan lalu dan turut mengumpul sumbangan daripada aktiviti tandatangan untuk menghantar ucapan Ramadan dan biskut daripada Kellogg’s ke rumah anak yatim.

Sokongan ini dihantar ke rumah anak yatim di sekitar kawasan Lembah Klang. Kakitangan Kellogg’s bersama Maria Tunku Sabri, pengacara televisyen popular yang menjadi sebahagian inisiatif ini turut melawat Pusat Jagaan Draudhatul Ikhwan untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama lebih 40 kanak-kanak dan kakitangan rumah anak yatim itu.

Mereka benar-benar teruja melihat kedatangan Maria dan trak sampel Kellogg’s berwarna-warni yang membawa biskut Kellogg’s Corn Flakes edisi terhad untuk mereka nikmati semasa berbuka puasa.

Untuk menceriakan anak-anak yatim dan mengenali mereka secara lebih mesra, kakitangan Kellogg’s mengadakan pelbagai sesi permainan untuk disertai bersama. Hari bertambah ceria apabila Kellogg’s mengejutkan mereka dengan sambutan hari jadi untuk anak-anak yang lahir pada Julai.

Lawatan berakhir dengan pemberian hadiah perpisahan daripada Kellogg’s dan kenangan indah yang ditinggalkan untuk diabadikan dalam ingatan.

Pengarah Pemasaran Kellogg Asia Marketing Ted Liang berkata, seperti tahun sebelum ini pastinya syarikat itu berbesar hati dapat memberi sumbangan yang bermakna buat mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami berharap pengguna dapat mempelajari cara baru menggunakan Kellogg’s Corn Flakes di trak sampel untuk sarapan dan bila-bila masa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 5:01 AM