TERHARU membaca ucapan daripada orang ramai yang dikumpul dari lokasi trak sampel biskut Kellogg’s.
TERHARU membaca ucapan daripada orang ramai yang dikumpul dari lokasi trak sampel biskut Kellogg’s.
BERSAMA-SAMA bermain ‘Giant Jenga’ dengan bantuan kakitangan Kellogg’s.
BERSAMA-SAMA bermain ‘Giant Jenga’ dengan bantuan kakitangan Kellogg’s.
MARIA (empat dari kiri) turut berkongsi kegembiraan penghuni Draudhatul Ikhwan.
MARIA (empat dari kiri) turut berkongsi kegembiraan penghuni Draudhatul Ikhwan.

Senyuman gembira dan teruja penghuni Pusat Jagaan Draudhatul Ikhwan menyambut kedatangan trak Kellogg's yang berwarna-warni bersama pengacara terkenal, Maria Tunku Sabri ke teratak mereka.

Suasana bertambah ceria apabila kedatangan itu tidak dengan tangan kosong, sebaliknya membawa biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad selain juadah berbuka puasa untuk meraikan 40 anak yatim dan kakitangan rumah perlindungan berkenaan.

Pada Ramadan lalu, Kellogg's memperkenalkan lapan resipi biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad yang bukan saja sesuai dijadikan hidangan menyambut tetamu pada Aidilfitri, bahkan sebagai hadiah kepada anak yatim supaya mereka juga dapat bersama-sama merasakan kemeriahan bulan mulia itu.

Maria yang menjadi sebahagian daripada inisiatif berkenaan menggalakkan pengguna mencuba lapan resipi Kellogg's, mengunjungi trak sampel di lokasi terpilih di bazar Ramadan, pasar raya dan pasar ria di seluruh ibu kota dan menyertai aktiviti ikrar menyumbang biskut kepada anak yatim.

Pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar yang menunjukkan pelbagai cara menggunakan emping jagung sama ada untuk membuat kuih atau biskut istimewa.

Dalam program itu juga, pengguna boleh berkongsi rezeki dan keseronokan menikmati biskut yang lazat dengan menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dengan setiap tandatangan yang diterima, kanak-kanak dari rumah anak yatim yang terpilih menerima biskut Kellogg’s Corn Flakes untuk berbuka puasa.

Kedatangan trak Kellogg's yang berwarna-warni itu juga membawa sokongan masyarakat yang menyertai aktiviti tandatangan menghantar ucapan Ramadan dan biskut daripada Kellogg's ke rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Ini menandakan sikap masyarakat kita yang prihatin dan tidak melupakan golongan kurang bernasib baik, khususnya kanak-kanak.

Untuk memeriahkan suasana dan mengenali warga Draudhatul Ikhwan dengan lebih mesra, kakitangan Kellogg's turut mengadakan pelbagai permainan bagi menceriakan hati anak-anak yatim itu.

Lawatan itu jadi lebih seronok apabila Kellogg's mengejutkan mereka dengan sambutan hari lahir bagi anak-anak yatim yang lahir dalam bulan Julai. Ia menjadi kenangan manis bagi mereka yang akan diingat sepanjang hayat.

Kunjungan singkat itu berakhir dengan pemberian hadiah bagi menceriakan hari raya semua warga rumah perlindungan itu termasuk kakitangannya.

Menurut Pengarah Pemasaran Kellogg's Asia Marketing, Ted Liang, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai aktiviti tandatangan untuk menghantar biskut kepada mereka yang kurang bernasib baik ketika mengunjungi trak sampel Kellogg's.

“Usaha mereka (masyarakat) sangat dihargai dan melalui cara ini kita bersama-sama dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada anak yang sudah kehilangan ibu bapa. Kami harap pengguna dapat mempelajari cara baru menggunakan Kellogg’s Corn Flakes di trak sampel kami, untuk sarapan dan juga berbuka puasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 11:06 AM