ANTARA suspek ditahan kerana terbabit pergaduhan. FOTO ihsan Polis
ANTARA suspek ditahan kerana terbabit pergaduhan. FOTO ihsan Polis
Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur: Sebelas orang berusia 16 hingga 29 tahun ditahan polis kerana terbabit dalam pergaduhan di pusat beli-belah di Wangsa Maju, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, semua mereka ditahan di Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengenai motif pergaduhan.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati abang kepada remaja perempuan yang keluar bersama kekasihnya.

"Motif sebenar masih dalam siasatan tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tidak puas hati mengenai seorang remaja perempuan.

"Lima lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.

Berita berkaitan:

Lima cedera gaduh kerana perempuan: http://hmtro.com/1DqjE9L

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 11:19 PM