Tip menangani wabak MERS-CoV:

1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.

2. Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

3. Ketika dalam tempoh lawatan, elakkan mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terbabit dalam jangkitan wabak MERS-CoV di negara berkenaan.

4. Khusus bagi pelawat ke negara di Semenanjung Arab, semasa dalam tempoh lawatan:

- Elakkan daripada melawat ladang haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

- Elakkan minum susu unta mentah atau air kencing unta.

- Elakkan makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, terutama daging unta.

5. Bagi mereka yang pulang ke Malaysia selepas melawat negara terbabit gejala MERS-CoV yang mengalami gejala demam atau jangkitan respiratori (seperti batuk dan kesukaran bernafas) dinasihatkan mendapatkan rawatan segera serta memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

- Sehingga 23 Jun 2015, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sejumlah 1,345 kes yang disahkan MERS-CoV termasuk sekurang-kurangnya 479 kematian yang dilaporkan di semua negara yang dijangkiti. Daripada jumlah itu, 174 kes yang disahkan dijangkiti MERS-CoV termasuk 27 kematian dilaporkan di Korea Selatan.

- Pengesanan kes yang disyaki atau Patient Under Investigation (PUI) for MERS-CoV yang dikesan sama ada semasa saringan di pintu masuk antarabangsa negara, hospital atau klinik akan dirujuk untuk menerima pemeriksaaan dan rawatan lanjut di hospital yang dikenal pasti.

- Bermula Januari 2013 Kementerian Kesihatan melalui CPRC Kebangsaan (National Crisis Preparedness Response Centre) telah menerima sejumlah hampir 803 notifikasi kes PUI MERS-CoV dari seluruh negara.

- Kesemua kes PUI MERS-CoV yang dinotifikasikan disahkan sebagai bebas daripada jangkitan MERS-CoV melalui ujian makmal yang telah dijalankan, kecuali satu kes positif yang terdahulu dikesan pada bulan April 2014.

n Walaupun kes positif pertama yang dikesan di Malaysia pada April 2014 tidak berjaya diselamatkan, namun ia telah menguji keberkesanan pelbagai aktiviti kesiapsiagaan dan respons yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:54 AM