Cerita artis atau kru tidak dibayar syarikat produksi sudah banyak kali SS dengar.

Sedih mendengarnya kerana segala penat lelah tidak dihargai sedangkan mereka punya tanggungan untuk meneruskan hidup.

Terbaru, SS dengar luahan seorang pekerja di belakang tabir yang bekerja dengan seorang penerbit.

SS difahamkan, kru ini baru pertama kali bekerja dengan penerbit yang boleh tahan popular juga.

Malangnya, selepas khidmatnya digunakan, dia tidak dibayar.

Walaupun sudah puas bertanya, jawapannya tetap sama iaitu ‘akan bayar, akan bayar dan akan bayar’, tetapi bila nak bayar tidak pula diberitahu.

SS tidak tahulah apakah filemnya sebelum ini ada masalah bayaran atau ini baru pertama kali timbul masalah. Tapi, SS harap produser itu sedar soal membayar pekerja apabila selesai buat kerjanya.

SS percaya, kalau seseorang itu begitu menjaga soal bayaran mereka yang bekerja dengannya, pasti rezekinya juga baik.

SS: Dah banyak kali berjumpa dengan produser lokek.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 10:13 AM