Bidang lakonan dan teater adalah dua cabang seni berbeza dan memiliki tarikan tersendiri.

Selain itu, bukan semua pelakon boleh beraksi di pentas teater. Ada pelakon boleh berlakon filem, tetapi tidak ada bakat berlakon teater.

Itulah luahan yang diberikan seorang penerbit teater terkenal. Semuanya bermula apabila dia menawarkan seorang pelakon popular untuk terbabit dalam projek pementasan teater terbarunya.

Jika diikutkan pelakon itu sudah banyak berlakon filem dan berderet pun filem lakonannya mendapat kutipan pecah panggung.

Penerbit itu juga menawarkan watak utama kepada pelakon berkenaan untuk tarikan dari segi komersial. Namun, kata penerbit itu, pelakon itu terus memberitahu dia tidak berani terbabit dalam projek teater berkenaan.

SS dimaklumkan, penerbit itu tidak pasti sama ada ia sekadar alasan ataupun kerana bayaran. Maklumlah, bayaran untuk teater tidaklah banyak mana pun.

Apapun, penerbit itu memang kecewa kerana pelakon itu menolak tawaran berlakon teater berkenaan.

Bagi SS pula, apa salahnya pelakon itu menerima tawaran berlakon dalam teater itu sekali gus mengembangkan bakatnya ke pentas teater pula.

Ketepikan dulu soal bayaran kerana apa yang penting kepuasan yang diperoleh dengan berlakon teater.

SS: Tidak lepaskan peluang menonton teater di Istana Budaya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 9:16 AM