Siapa yang tak kecewa apabila hasil kerja dinilai sebelah mata dan dibayar dengan harga murah. Rasanya semua pekerja tentu mengharapkan gaji yang setimpal dengan apa yang dibuat.

Ini dilema dihadapi seorang pelakon wanita yang kecewa apabila ditawarkan harga rendah. Kalau disebut namanya, SS percaya ramai kenal pelakon ini kerana lakonannya seringkali tak mengecewakan.

Beri apa saja peranan sama ada watak orang kampung mahupun bandar, semuanya berjaya dibawakan dengan baik. Tetapi, malangnya bayaran yang ditawarkan untuknya membintangi drama semakin mengecil membuatkan dia berasa sangat kecewa. Terlalu teruk sehinggakan dia berasa seperti dipermainkan penerbit.

Menurutnya ramai penerbit menggunakan alasan keadaan ekonomi kurang stabil sebagai punca untuk mengurangkan bayaran, tetapi pada masa sama, mereka boleh pula berbelanja besar untuk bayar pelakon utama.

Pelakon ini bukan ‘demand’ melampau, tetapi memadai apa yang diberikan berbaloi dengan lakonannya. Berlakon pendapatan utamanya dan dia juga sudah lama dalam industri takkan nak samakan de­ngan artis baru?

Nak terima takut dia merosakkan ‘value’ sendiri. Kalau tak terima pula alamatnya dapur tak berasap. Ini dilema yang terpaksa dihadapi pelakon itu.

SS turut berasa simpati dengan apa yang berlaku. Semoga ada satu jalan menang-menang diambil penerbit dan pelakon ini bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

SS: Penerbit drama ini suka bersedekah menyebabkan rezekinya sangat murah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 10:51 AM