Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Empat lelaki pendatang asing tanpa izin ditahan dan merampas pistol dalam serbuan di rumah di Kampung Bakau Batu 3, dekat sini, 4 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua kelopak peluru masing-masing berisi 10 dan enam butir peluru yang disembunyikan di dalam rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Hasil serbuan itu, menahan empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 53 tahun dan semua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Pemeriksaan lanjut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 semi automatik bersama dua kelopak peluru masing-masing berisi 10 dan enam butir peluru," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, di sini, hari ini.

Menurutnya, dua daripada empat suspek juga didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seskyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 1:52 PM