Anggota PPM menunjukkan senjata api serta barangan lain yang dirampas daripada lima sekeluarga. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Anggota PPM menunjukkan senjata api serta barangan lain yang dirampas daripada lima sekeluarga. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima sekeluarga termasuk seorang wanita dan merampas sepucuk pistol jenis Colt .45, peluru dan baja ammonia dalam satu serbuan di Pulau Bankuruan, Beluran, di sini, semalam.

Dalam serbuan 11.45 pagi itu, suspek berusia 14 hingga 60 tahun ditahan di pondok dalam pulau berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, rampasan dan tangkapan dilakukan hasil risikan berterusan pegawai dan anggota di kawasan pulau berkenaan.

“€œPemeriksaan ke atas sebuah pondok di pulau itu berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 14 tahun hingga 60 tahun.

“€œHasil soal-siasat membawa kepada rampasan sepucuk pistol jenis Colt .45, dua kelopak peluru, tujuh butir peluru dan lapan botol disyaki berisi baja ammonia.

€œTurut dirampas wang tunai sejumlah RM4,492," katanya di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kes disiasat mengikut Akta Senjatapi 1960.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 10:58 AM