MUHAMMAD Irfan selepas membuat lemparan cakera lelaki yang memberi emas kepadanya. - Foto OSMAN ADNAN
MUHAMMAD Irfan selepas membuat lemparan cakera lelaki yang memberi emas kepadanya. - Foto OSMAN ADNAN
Atlet menembak negara Alia Sazana menamatkan kemarau emas skuad menembak negara dengan pingat emas acara 25m pistol. - Foto BERNAMA
Atlet menembak negara Alia Sazana menamatkan kemarau emas skuad menembak negara dengan pingat emas acara 25m pistol. - Foto BERNAMA
Trio boling Timmy Tan  (kiri), Ahmad Muaz Mohd Feisol dan Rafiq Ismail (kanan) raih emas acara trios boling lelaki. - Foto ROSLI RAHMAT
Trio boling Timmy Tan (kiri), Ahmad Muaz Mohd Feisol dan Rafiq Ismail (kanan) raih emas acara trios boling lelaki. - Foto ROSLI RAHMAT

OLAHRAGA menyumbang dua lagi emas kepada kontinjen Malaysia melalui acara lempar cakera dan lompat tinggi membolehkan Malatsia kni mengumpul 31 pingat emas sehingga jam 7 petang tadi.

Sebelum itu, Alia Sazana Azahari menamatkan kemarau emas skuad menembak negara apabila menjuarai acara 25m Pistol Individu Wanita di Pusat Menembak Singapura di Jalan Lama Chao Chua Kang. Penembak berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Teh Xiu Hong 7-1.

Tenpin boling juga terus cemerlang apabila trio Muhd Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan meraih pingat emas acara trio lelaki selepas mengumpul 3,701 jatuhan pin. Singapura 3656 pin dan gangsa milik Indonesia (3653).

Juara bertahan acara lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin mengekalkan emas acara itu dengan melakukan balingan sejauh 56.62 untuk emas pertama negara dalam acara olahraga hari ini.

Nauraj Singh Randhawa pula meraih emas acara lompat tinggi dengan lompatan 2.13m untuk pingat emas ke -31 Malaysia manakala seorang lagi atlet negara, Muhamed Saipu Rahman di tempat ketiga dengan 2.11m.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 8:08 PM